BUTTERWORTH: Kertas siasatan berhubung kes lima anggota polis Unit Pasukan Peronda (MPV) Pulau Pinang, yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes pemerasan membabitkan seorang pekerja kilang membabitkan kerugian RM4,500 dalam insiden di Permatang Tinggi, Bukit Mertajam, telah pun siap.
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Khaw Kok Chin berkata kertas siasatan membabitkan lima anggota berusia 24 hingga 48 tahun itu, telah dihantar ke Bahagian Perundangan Bukit Aman untuk tindakan lanjut, hari ini.
"Kertas siasatan kes itu dah lengkap dan kita rujuk kepada Bahagian Perundangan Bukit Aman, sebelum ia dibawa balik dan seterusnya kita akan hantar ke Pengarah Pendakwaan Negeri serta tunggu arahan selanjutnya.
"Kesemua lima anggota tersebut ketika ini direman sehingga 9 Feb, sama ada kesemua akan didakwa berhubung kes itu kita akan tunggu arahan lanjut daripada Pengarah Pendakwaan Negeri," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau ditemui selepas Majlis Perasmian Op Selamat 21/2024 Sempena Tahun Baharu Cina Peringkat Kontinjen Pulau Pinang yang bermula 8 hingga 13 Feb, di Plaza Tol Sungai Dua arah selatan, di sini hari ini.
Khaw berkata semua lima anggota polis itu bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah, dan kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan.
Beliau berkata seramai 90 anggota polis di Pulau Pinang yang bertugas di MPV dan Unit Rondaan Bermotosikal lebih daripada enam tahun, akan dipindahkan ke bahagian serta unit lain di Kontinjen Polis Pinang dalam masa terdekat.
"Setakat yang kita telah semak, seramai 90 anggota MPV dan URB akan ditukarkan kerana bertugas lebih enam tahun dan di negeri ini terdapat lebih 300 anggot bertugas di kedua-dua unit tersebut," katanya.
Dalam kejadian 10.15 malam Khamis itu, seorang lelaki yang sedang memandu kereta mendakwa telah ditahan dua kereta MPV polis yang mengarahkannya berhenti di tepi jalan sebelum tiga anggota membuat pemeriksaan terhadapnya.
Semasa pemeriksaan, salah seorang anggota polis telah menemukan satu beg plastik mengandungi serbuk disyaki dadah di dalam kereta mangsa dan dia menafikan tentang beg plastik tersebut, namun polis tersebut mengatakan dadah tersebut milik lelaki dan boleh dikenakan hukuman berat.
Lelaki berusia 27 tahun mendakwa sebuah lagi kereta MPV yang dinaiki dua anggota polis datang ke situ, sebelum lelaki tersebut diarah membayar sebanyak RM10,000 jika tidak mahu ditangkap, namun selepas berbincang bersetuju RM4,500.
Sementara itu, Khaw berkata pihaknya meningkatkan kehadiran pihak polis dan memantau kawasan kerap berlaku kesesakan serta kemalangan, bagi memastikan aliran trafik berjalan lancar sepanjang tempoh cuti Tahun Baharu Cina nanti.
Beliau berkata sebanyak tujuh lokasi dikenal pasti kerap berlaku kemalangan iaitu Jalan Teluk Air Tawar-Jalan Bagan Luar, Jalan Perusahaan Perai-Jalan Kulim, Jalan Besar Simpang Ampat, Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu-Jalan Air Itam, Jalan Air Itam-Paya Terubong, Jalan Sultan Azlan Shah , Jalan Tun Dr Awang.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 07 2024
Kok Chin (tengah) mengadakan sidang akhbar selepas perasmian Op Selamat 21/2024 Sempena Tahun Baharu Cina Peringkat Kontinjen Pulau Pinang di Plaza Tol Sungai Dua menghala selatan, di sini hari ini. --fotoBERNAMA
[TERKINI] Inflasi meningkat perlahan kepada 2.2 peratus tahun 2023
Ini laporan yang baharu kami terima.
Inflasi Malaysia pada 2023 merekodkan peningkatan perlahan kepada 2.5 peratus daripada 3.3 peratus pada 2022 dengan mata indeks mencatatkan 130.4 berbanding 127.2 pada tahun sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Inflasi Malaysia pada 2023 merekodkan peningkatan perlahan kepada 2.5 peratus daripada 3.3 peratus pada 2022 dengan mata indeks mencatatkan 130.4 berbanding 127.2 pada tahun sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Pengamal media perlu rujuk Wisma Putra sebelum sertai misi bantuan NGO - Fahmi
Pengamal media perlu merujuk dengan Kementerian Luar bagi mendapatkan khidmat nasihat dan garis panduan sebelum menyertai misi bantuan anjuran NGO.
Laporan KRI: Purata gaji rakyat Malaysia hanya naik RM56 setahun antara 2010-2019
Purata gaji rakyat Malaysia hanya meningkat sekitar RM56 setahun, terutama melibatkan golongan yang berada dalam kategori 50 peratus terbawah di negara ini. Khazanah Research Institute (KRI) dalam laporannya mendedahkan, tiada perubahan ketara berlaku dalam tempoh 10 tahun iaitu antara 2010 hingga 2019.
Mahkamah tetapkan Isnin depan keputusan larang Chegu Bard
Keputusan mahkamah perintah larangan pada Isnin terhadap Chegu Bard memberi komen atau ulasan berkaitan isu kasino di Forest City, Iskandar Puteri.
Kementerian akan tambah Autogate di pintu masuk negara
Susulan pengumuman warga 46 negara dibenar guna Autogate, kementerian bercadang untuk menambah bilangan kemudahan itu di semua pintu masuk negara.
Tebing runtuh di perumahan mewah Cyberjaya, PBT diarah segera baik pulih
Majlis Perbandaran Sepang diarah menyegerakan kerja-kerja baik pulih runtuhan tebing di kawasan perumahan mewah Cassia Garden Residence di Cyberjaya.
Warga asing dari 46 negara dibenar guna Autogate untuk masuk ke Malaysia
Antara negara yang dimasukkan dalam senarai itu adalah 26 buah negara daripada Kesatuan Eropah dan negara dari Asia, termasuklah China, Hong Kong, Bahrain, Kuwait, Jordan, Oman dan Qatar.
Industri pengurusan kekayaan Islam sedia berkembang dengan perubahan trend pasaran - SC
Industri pengurusan kekayaan Islam bersedia untuk terus berkembang sebagai tindak balas kepada perubahan dalam pasaran dan trend baru muncul.
Inflasi Malaysia rekod peningkatan perlahan 2.5 peratus pada 2023 - Jabatan Perangkaan
Inflasi Malaysia pada 2023 merekodkan peningkatan perlahan kepada 2.5 peratus daripada 3.3 peratus pada 2022.
Tiada lagi panjat pokok, kerajaan akan pastikan liputan internet cukup - Ahmad Zahid
Kerajaan akan memastikan kawasan berkepadatan rendah, desa dan pedalaman disediakan liputan Internet yang secukupnya untuk memudahkan pelajar mengikuti pembelajaran secara dalam talian.
Dua polis BSI ditahan bantu siasatan kes pemerasan
Dua anggota polis yang berkhidmat di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) ditahan semalam, bagi membantu siasatan kes pemerasan melibatkan seorang lelaki tempatan yang bekerja di Singapura.
Tiga lelaki disyaki terbabit kes pemerasan, larikan perunding hutang ditahan
Polis menahan tiga lelaki yang disyaki terbabit dalam kes pemerasan dan melarikan seorang perunding hutang pada Selasa lepas.
Dua lagi anggota polis ditahan bantu siasatan pemerasan
Dua lagi anggota daripada Bahagian Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam, ditahan semalam bagi membantu siasatan kes pemerasan melibatkan seorang tukang cuci wanita, Isnin lepas.
Kertas siasatan kes pemerasan lima anggota MPV telah siap
Khaw Kok Chin berkata kertas siasatan membabitkan lima anggota berusia 24 hingga 48 tahun itu, telah dihantar ke Bahagian Perundangan Bukit Aman untuk tindakan lanjut, hari ini.
Empat anggota polis ditahan disyaki terlibat pemerasan
Empat anggota polis ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes pemerasan di depan Kompleks Pangsapuri di Kepong di sini pada Khamis lepas.
Seorang anggota polis ditahan kerja, kes pemerasan, larikan lelaki
Tindakan tahan kerja ke atas dua lagi anggota akan dipertimbangkan bergantung kepada hasil siasatan.